Kajian Teologi -Perubahan mendadak minda dan elemen jasad juga telah diterangkan dalam agama Buddha. Mengikut Buddha, dalam setiap pecahan satu saat, minda akan muncul dan menghilang. Bidang biologi, fisiologi dan psikologi juga mengajar sifat perubahan hidup dalam cara yang sama. Oleh itu hidup bukanlah sesuatu yang statik.
Seorang ahli psikologi. Prof. William James telah menerangkan tentang satu poin-detik kesedaran deria (consciousness). Beliau telah membincangkan bahawa kesedaran deria itu wujud dan menghilang semua secara berterusan.
Berdasarkan sifat yang mengakibatkan proses perubahan minda yang berterusan, apabila suatu minda itu terbentuk, ia akan menyebabkan wujudnya satu minda yang lain sedangkan ia pula akan menghilang. Minda baru tadi akan menyebabkan suatu minda baru wujud dan ianya pula akan hilang dan begitulah seterusnya. Motif manusia yang semata-mata mementingkan dirinya sendiri menyebabkan fikiran jahat bertapak dalam minda manusia. Motif ini wujud kerana perpautan untuk terus wujud dan kepercayaan tentang kewujudan suatu ego yang kekal abadi yang sering inginkan kepuasan nafsu indera.
Apabila kita mengkaji riwayat hidup dan ajaran Buddha, kita dapat melihat bahawa segala-galanya adalah terbuka untuk disiasat oleh sesiapa pun. Tidak ada apa-apa untuk disembunyikan atau peristiwa yang ajaib. Mengikut Buddha, konsep kuasa luar biasa yang dipegang oleh kebanyakan manusia bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi hanya merupakan satu fenomena semula jadi yang tidak dapat difahami oleh orang kebanyakan.
Dengan bertambahnya pengetahuan kita tentang alam semesta, kepercayaan kita tentang sesuatu yang luar biasa akan berkurangan. Bagi manusia primitif, kilat dan guruh berlaku kerana tuhan menjadi marah. Tetapi dewasa ini, kita sedia maklum bahawa kilat dan guruh adalah diakibatkan oleh cas-cas elektrik.
Jika komponen-komponen sesuatu jasad tertakluk kepada hukum semula jadi yang merangkumi perubahan, pereputan dan kematian, bagaimanakah kita dapat memperkenalkan semua ini sebagai kuasa luar biasa. Semasa kelahiran, Pencerahan Sempurna dan kemangkatan Buddha, semua peristiwa ini berlaku dengan terbuka (tanpa apa-apa untuk disembunyikan).
Buddha menjalani hidupnya sebagai guru agama yang biasa dan sebagai manusia yang sebenarnya. Buddha telah menerangkan tentang proses evolusi seseorang daripada tahap haiwan ke tahap manusia dan seterusnya ke tahap kedewaan. Kemudian dia meningkat pula ke tahap Brahma dan seterusnya ke tahap yang sempurna. Seseorang juga boleh meneruskan daripada kehidupan yang suci ke kehidupan beragama yang sempurna. Buddha telah menerangkan tentang proses yang sebaliknya juga, iaitu proses perubahan daripada tahap manusia ke tahap haiwan.
BAGIKAN KE TEMAN ANDA