KETIADAAN DOGMA DALAM AGAMA BUDHA
Tanggapan ini hanyalah suatu khayalan sahaja. Tanggapan ini adalah seperti pelangi yang boleh dilihat tetapi bukannya realiti. Buddha menerangkan bahawa konsep roh ini merupakan satu salah faham tentang kesedaran deria (consciousness) manusia. Konsep roh ini sangat penting dalam setiap agama lain. Akan tetapi Buddha sahaja yang menyatakan dengan jelasnya bahawa tiada sebab untuk kita mempercayai tentang kewujudan roh.
Perkara ini sama seperti pada masa dahulu apabila semua orang percaya bahawa matahari dan bulan mengelilingi bumi kita setiap hari. Manusia mempunyai tanggapan yang salah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang cakerawala kita. Apabila Copernicus membuktikan bahawa bukannya matahari yang mengelilingi bumi sebaliknya bumi yang mengelilingi matahari, manusia mula menyedari kebenaran itu.
Terdapat satu lagi tanggapan tentang bumi yang dipegang oleh manusia. Selama beribu-ribu tahun, manusia mempercayai bahawa bumi kita adalah rata. Akan tetapi Galileo telah membuktikan bahawa bumi kita adalah bulat dan bukannya rata. Lama-kelamaan manusia juga menerima kebenaran tersebut. Apabila Copernicus menemui bahawa matahari ialah pusat sistem suria kita, manusia terpaksa menolak kepercayaan lama yang berasaskan bumi sebagai pusat alam semesta.
Kepercayaan kebanyakan ahli falsafah tradisional sehingga abad ke-19 adalah bahawa atom merupakan entiti mutlak jasad dan adalah mustahil untuk membelahkan atom tersebut. Kepercayaan ini terpaksa ditolak apabila saintis nuklear berjaya membelahnya.
Teori evolusi yang dirumuskan oleh Charles Darwin telah menolak "Teori penciptaan" yang popular itu, bahawa kehidupan dicipta oleh tuhan. Ahli geologi, biologi dan fisiologi telah menerangkan dengan terperinci bahawa kewujudan kehidupan yang pertama di dunia ini telah mengambil masa beberapa juta tahun. Semua ini tidaklah bertentangan dengan ajaran Buddha daripada mana-mana aspek pun. Penemuan moden tentang perkembangan yang perlahan-lahan akan kehidupan mineral, tumbuhan, benda dan makhluk hidup yang lain adalah selari dengan ajaran Buddha.
Apabila kita mengkaji penerangan Buddha tentang alam semesta, kita mendapati bahawa beliau telah menyentuh tentang wujudnya beberapa jenis makhluk hidup yang bahagia dan juga yang tidak bahagia, bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di beberapa planet lain yang tertentu.
Para saintis moden dan juga ahli astronomi mempunyai pandangan yang terbuka tentang aspek ini. Mereka mengakui bahawa adanya kemungkinan tentang wujudnya beberapa jenis makhluk hidup di planet-planet lain yang tertentu. Banyak kepercayaan tradisi pada masa kini adalah sama dengan kepercayaan primitif tentang sistem dunia dan asalnya hidup. Akan tetapi ajaran Buddha mengesahkan penemuan baharu tersebut.
Buddha tidak menyokong kepercayaan bahawa upacara agama dan ritual merupakan satu-satunya cara untuk seseorang menyelamatkan dirinya. Mengikut Buddha, perkembangan moral, penumpuan minda serta penyucian minda adalah aspek yang penting dalam menjalani kehidupan beragama sehingga tercapainya Nibbana. Beliau menyatakan bahawa seseorang yang berpegang teguh pada agama haruslah menjalani kehidupan yang tidak tercela, tetapi menjalani kehidupan yang terhormat, suci, senonoh, mulia serta tidak menyakiti orang lain. Hanya dengan menyembah ataupun memuja tidak dengan sendirinya menjadikan seseorang itu seorang yang berpegang teguh pada agama atau membolehkannya mencapai kesempurnaan dan penyelamatan diri.
Buddha juga menasihati manusia supaya menjauhkan diri daripada amalan jahat. Tujuan kita rnenghindarkan diri daripada amalan jahat adalah demi kebajikan makhluk hidup yang lain dan bukan kerana takutkan tuhan ataupun hukuman. Pada masa yang sama, beliau juga menasihati kita supaya memupuk ciri-ciri kemanusiaan yang baik, mempraktikkan amalan yang baik serta menolong orang lain tanpa mempunyai tujuan kepentingan diri yang tersembunyi.
Buddha merupakan satu-satunya guru yang telah memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebijaksanaan manusia. Beliau menasihati kita supaya tidak mengabdikan diri kepada kuasa luar. Sebaliknya kita digalakkan untuk memperkembangkan potensi kita dengan mempunyai keyakinan pada kebolehan diri sendiri.
Beliau juga mengatakan bahawa manusialah yang bertanggungjawab bagi semua perkara yang berlaku di dalam dunia ini. Penderitaan serta kebahagiaan adalah diwujudkan oleh dirinya sendiri. Manusia mempunyai kebolehan untuk menyingkirkan penderitaannya serta menetapkan suatu suasana yang tenteram, bahagia serta arif melalui usaha sendiri tanpa bergantung kepada kuasa luar.
Disebabkan minda manusia yang tidak terlatih itulah, mereka menghadapi banyak masalah, malapetaka dan pergolakan hidup. Jika minda manusia digunakan dengan betul, mereka akan dapat menukarkan situasi yang tidak menguntungkan itu dan menjadikan dunia ini lebih aman, makmur serta bahagia. Hanya intelek yang terlatih yang mempunyai tenaga mental suci berkebolehan untuk menjayakannya.
Admin : Andi Akbar M
BAGIKAN KE TEMAN ANDA